Ketika Cinta Telah Hadir
Bukan Cinta Biasa
Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang ingin ku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna ku yakin ada jawabnya, oh.....
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu... jawabnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kau hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu.... jawabnya
Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna ku yakin ada jawabnya, oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu...... jawabnya
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kau hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu.... jawabnya
Ketika cinta telah hadir di dalam hati setiap manusia, bersyukurlah, bahawa itu adalah kurnia terbesar yang diberikan Tuhan kepada hambaNya. Namun tetap yakinlah bahawa cinta hakiki hanyalah cinta kepada Yang Maha Penguasa, Yang telah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan, ada siang dan malam, ada hitam dan putih, ada lelaki dan perempuan, ada susah dan senang, dan masih banyak lagi, agar manusia mensyukuri nikmat yang telah diperolehinya.
Telah diketahui bersama bahawa pada umumnya ion positif pasti akan bertolakan jika bertemu dengan ion positif pula, tetapi bila dipertemukan dengan ion negative maka akan saling bertemu. Begitu pula manusia normal, rasa suka, senang dan cinta boleh terjadi terhadap lawan jenis. Perempuan pada umumnya pasti akan menyukai lelaki, begitu juga sebaliknya. Semua itu adalah fitrah, atas kelebihan yang telah diberikan Sang Khalik kepada setiap makhluk ciptaanNya.
Manusia adalah makhluk ciptaanNya yang paling sempurna. Pada diri manusia terdapat dua jenis dorongan hidup yang senantiasa mendorong untuk melakukan kegiatan dan keinginan pemuasan pada dirinya.
Pertama ialah Keperluan Jasmani ( hajatu al-'Udhawiyah ) seperti makan, minum, membuang hajat, dan sebagainya. Keperluan ini menuntut pemenuhan dan pemuasan yang pasti dimana jika manusia tidak memenuhi keperluan ini, manusia akan mati. Contohnya manusia akan mati akibat kebuluran, kehausan ataupun ketiadaan oksigen untuk pernafasan.
Kedua; adalah Naluri ( gharizah ) yang menuntut adanya pemenuhan dan pemuasan hajat. Jika pemenuhan ini tidak dipenuhi, manusia tidak akan mati tetapi sebaliknya manusia akan merasa gelisah hingga ia dapat memenuhi keperluan tadi. Naluri manusia telah dikategorikan oleh Ulama Islam kepada 3 macam iaitu Naluri Menyembah / Beragama ( Gharizah al-Tadayyun ), Naluri Seksual ( Gharizah al-Nau' ) dan Naluri Bersaing ( Gharizah al-Baqa' ). Contohnya, manusia tidak akan mati jika tidak melakukan persetubuhan ( bagi suami-isteri ) tetapi hati dan perasaannya akan senantiasa tidak tenteram dan gelisah. Begitu juga dengan orang yang sedang jatuh cinta, sentiasa gelisah ingin selalu bersama kekasihnya kerana ingin memenuhi pemuasan naluri seksualnya walaupun hanya dengan memandang wajah kekasihnya atau berbual bersama.
Ternyata sukar ya mengendalikan naluri itu, apalagi di zaman sekarang batas-batas ruang dan waktu hampir tidak ketara lagi. Yang jauh boleh menjadi dekat, yang sedih menjadi gembira, yang hilang pun dapat ditemukan kembali.
Berbalik lagi ke persoalan cinta. Kalau ditanyakan apakah sudah pernah merasakan cinta atau belum, setiap orang pasti pernah ya merasakan cinta, apalagi cinta kepada orang yang sangat kita sayangi. Tetapi dahsyatnya, kekuatan cinta kadang membuat orang jadi mabuk ( yang jelas bukan mabuk udara atau lautan ). Cinta boleh datang dan pergi begitu sahaja, boleh dengan sebab musabab atau tanpa sebab musabab sekalipun. Sungguh aneh cinta itu.
Jika ditanya, pernahkah saya merasakan cinta itu? Jujur sahaja jawabannya iya. Tetapi ingat, tidak semua cinta harus diungkapkan dengan kata-kata. Terkadang cinta harus berkorban, cinta pun tidak selamanya harus saling memiliki. Cinta itu buta… Kadang boleh membuat kita semakin cinta namun terkadang jika ia telah hilang akan membuat hati menjadi benci. Cinta bukan bererti rayuan, cinta bukan pula kata-kata romantis, tetapi cinta adalah anugerah, yang tidak pernah mengenal bentuk dan raga, tidak berwujud, tetapi dapat dirasakan.
Kalau boleh mengutip lagunya Siti Nurhaliza, salah satu bait syairnya mengatakan " Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang indah…" Jadi itulah cinta, tidak ada kata yang dapat melukiskan semuanya, hanya rasa yang dapat dimanifestasikan. Oleh kerana itu, jangan terlena dengan cinta, ia dapat membuat hatimu menjadi bahagia, tetapi dapat pula membuat hatimu hancur berkeping-keping.
Ada sedikit renungan buat anda yang merasakan kehadiran cinta agar dapat dikendalikan
dengan baik :
1. Kembalikan segalanya kepada sang Khalik, perbanyak mendekatkan diri kepadaNya, minta dan mohonlah kemudahan dalam segala urusan.
2. Jaga sikap, jaga hati, untuk tidak terjebak godaan syaitan, berbuatlah segala sesuatunya sewajar mungkin, ingat, hati ini terkadang sering dibolak-balik oleh perasaan sendiri, ketika kita suka, belum tentu lawan kita juga suka, begitu pula sebaliknya.
3. Jangan mudah tergoda rayuan, khususnya bagi kaum wanita. Wanita itu ibarat bunga mawar di halaman rumah yang indah lagi wangi, jika ada yang menginginkannya maka yang berkepentingan harus meminta izin dahulu kepada yang memilikinya.
4. Jangan berdiam diri berdua-duaan, kerana syaitan dapat dengan mudah mengganggu.
5. Kalau memang sudah saling menyukai, kenapa tidak teruskan hajat yang suci itu dengan masuk melamar, selepas itu undanglah teman-teman, saudara-mara dan jiran sekampung, insyaAllah banyak pahalanya lagi.
Salam manis untuk sebuah kata yang bernama CINTA. Masuk dan mendekatlah pada diriku di saat yang tepat! Tetapi jangan kau buat aku menjadi terlena!
Sujud aku di kakiMu
Bersimpuh dalam lautan doa
Laa ilaaha illallaah
Memuja namaMu
Pada zikir-zikir tanpa batas
akasyah_adam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home